My Add

Friday 24 February 2012

Bayaran sagu hati RM3,000 bekas polis sedang dilaksana

PUTRAJAYA, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Pembayaran sagu hati khas sebanyak RM3,000 seorang kepada lebih 70,000 bekas anggota era darurat antara tahun 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak, sedang dilaksanakan secara berperingkat sejak awal bulan ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Bekas Polis (JHEB) Ahmad Najme Muhammad dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM218.7 juta.

Ahmad Najme berkata, JHEB akan menyelaraskan proses pembayaran itu serta mengesan dan menghubungi bakal penerima dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Bakal penerima boleh menghubungi pegawai JHEB iaitu Hazlin Selamat (03-88868582), Supt. Md. Suhaimi Ab. Rahman (03-88863418), ASP Mohd. Faizal Razali (03-88863416) dan Mohd. Afandi Mohd. Isa (03-88868395) untuk maklumat lanjut, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment