My Add

Friday 24 February 2012

FOMCA gesa MyCC siasat segera aduan terhadap AirAsia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengadakan siasatan segera terhadap AirAsia Bhd. yang berkemungkinan mengamalkan unsur monopoli dalam perniagaan dan bercanggah dengan Akta Persaingan 2010.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paul Selva Raj berkata, gesaan itu dibuat ekoran aduan yang diterima daripada pengguna berhubung perkhidmatan yang ditawarkan syarikat penerbangan bajet tersebut.

"FOMCA meminta agar MyCC mengadakan siasatan segera sekiranya wujud sebarang unsur monopoli dalam perkhidmatan AirAsia kerana sejak berlakunya pertukaran saham antara Malaysia Airline System Berhad (MAS) dan AirAsia, timbul situasi kurang menyenangkan kepada pengguna.

"Pertama, penerbangan FireFly (anak syarikat MAS) ke Sabah dan Sarawak ditamatkan, seterusnya empat penerbangan antarabangsa turut dibatalkan... timbul persoalan kemungkinan wujud persepakatan antara kedua-dua syarikat penerbangan ini yang enggan bersaing kerana mahu meletakkan harga tinggi kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat aduan terhadap AirAsia itu kepada suruhanjaya tersebut di pejabat MyCC di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment