My Add

Saturday 11 February 2012

BN perlu bersatu padu untuk menang PRU-13: Daim Zainuddin

Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menggesa anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya bersatu padu dan bekerja keras untuk memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Bekas Bendahari UMNO selama 17 tahun itu berkata, kemenangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu bukan kerana parti tersebut kuat tetapi kelemahan BN yang tidak bersatu padu.

Katanya, dengan perpaduan, tidak mungkin parti akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau ahli parti tidak ada disiplin, hancurlah parti, sebab itu pada plihan raya 2008, banyak kerusi tumbang. Bukan kerana parti pembangkang kuat tetapi kelemahan kita kerana kita tidak bersatu padu. 

"Yang penting, kita buat siasatan mengapa kita kalah dan selepas itu ambil tindakan supaya perkara seperti itu tidak berlaku lagi. Saya percaya, jika kita bersatu padu menentang pembangkang, Insya-Allah, kita akan berjaya," katanya pada majlis Tun Daim bersama BN Lembah Pantai di sini, semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment