My Add

Sunday 26 February 2012

BR1M diterima penjawat awam dikecuali cukai - Awang Adek

BACHOK, SABTU, 25 Februari, 2012: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima penjawat awam bergaji hampir RM3,000 tidak akan dimasukkan dalam perkiraan cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, perkara itu adalah selaras dengan tujuan BR1M iaitu bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Awang Adek yang ditemui pemberita selepas Majlis Mesra Polis Bersama Masyarakat di sini hari ini, diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa bantuan RM500 yang diterima penjawat awam bergaji hampir RM3,000 akan dikenakan cukai. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment