My Add

Sunday 26 February 2012

MTRK desak kerajaan Kelantan segera serah air pada Pusat

KOTA BAHARU, SABTU, 25 Februari, 2012: Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) hari ini mendesak kerajaan Kelantan agar segera menyerahkan pengurusan air kepada kerajaan Pusat setelah gagal membekalkan air bersih kepada rakyat sejak 22 tahun mentadbir negeri.

Presidennya, Azmi Ali berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas itu diberi tempoh sebulan bermula hari ini untuk berbuat demikian, atau akan berdepan dengan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan sebagai tanda gesaan.

"Rakyat Kelantan mahu kerajaan negeri yang diperintah Pas ini segera menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Pas kena mengakui mereka gagal menguruskan air bersih ini kepada rakyat yang memilih mereka sebelum ini,” katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau sebelum itu mengetuai kira-kira 3,000 penduduk Kelantan yang berhimpun bagi mendesak kerajaan negeri menyerahkan pengurusan bekalan air bersih kepada SPAN. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment