My Add

Friday 24 February 2012

Cubaan sabotaj program walkabout PM di Melaka

PENIAGA kecil di Jalan Kee An turut menerima notis palsu semalam mengarahkan mereka menutup perniagaan semasa kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Melaka.

MELAKA, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Sembilan peniaga di Jalan Kee Ann dan Jalan Bunga Raya di sini yang sepatutnya menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program walkabout sekitar kawasan itu esok, dikejutkan dengan notis mengarahkan mereka menutup perniagaan selama dua hari.

Notis mengggunakan logo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu diterima peniaga terbabit pada Selasa lalu yang meminta mereka menutup perniagaan bermula hari ini dan esok.

Notis itu dipercayai diedarkan pihak tertentu dalam usaha mensabotaj program walkaboutsempena lawatan Perdana Menteri ke negeri itu esok.

Datuk Bandar Melaka, Zainal Abu berkata, pihaknya hanya mengeluarkan surat meminta mereka menjaga kebersihan sempena lawatan Najib.

"Tidak masuk akal langsung jika kita mengeluarkan notis tersebut kerana program walkaboutPerdana Menteri di situ ialah untuk bertemu dengan rakyat yang memerlukan penglibatan peniaga di kawasan itu.

"Ini mungkin kerja pihak-pihak tertentu yang cuba mensabotaj sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri sempena lawatan beliau," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zainal berkata, pihaknya telah mengedarkan sekeping surat kepada semua peniaga di kawasan itu meminta mereka mengabaikan notis tersebut.

"Kita edarkan surat ini bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan peniaga dan mahu mereka meneruskan perniagaan seperti biasa sempena lawatan Perdana Menteri esok," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment