My Add

Thursday 23 February 2012

Dasar gaji minimum harus libatkan semua syarikat - MTUC

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 20122: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berkata majikan harus melihat kepada perspektif yang lebih luas dan secara lebih positif dalam isu kadar gaji minimum di negara ini.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata pelaksanaan gaji minimum bila diluluskan kelak tidak seharusnya hanya melibatkan syarikat besar sahaja kerana jika ia dibuat demikian akan menjejaskan matlamat dasar berkenaan.

"Saya rasa majikan harus mempunyai keyakinan terhadap gaji minimum ini. Kita mahukan satu integrasi nasional dalam soal gaji minimum ini melibatkan semua majikan.

"Keadaan di mana kawasan yang berlainan mempunyai gaji berlainan, ataupun syarikat berlainan saiz dengan kadar gaji yang berlainan, walaupun dalam sektor, tidak patut berlaku,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang meminta supaya kerajaan memberi pengecualian kepada syarikat-syarikat kecil, yang mempunyai kurang daripada 10 pekerja, dikecualikan dalam pelaksanaan gaji minimum kelak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment