My Add

Thursday 23 February 2012

Unit pemantau bebas audit pembinaan Lynas, kata kerajaan

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Unit pemantau bebas akan dibentuk untuk menjalankan audit pembinaan di kilang penapis nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang, bagi memastikan ia mematuhi semua standard yang ditetapkan oleh badan profesional dan berkaitan, kata Kerajaan Malaysia.

Ia berkata, walaupun Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) mengumumkan keputusannya untuk memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas (M) Sdn. Bhd. pada 1 Februari 2012, kelulusan itu tertakluk kepada lima syarat yang perlu dipenuhi oleh syarikat berkenaan.

Antara syarat itu ialah Lynas perlu mengemukakan butiran pelan dan lokasi kemudahan pelupusan kekal yang dicadangkan bagi mengurus sisa, jika ada, yang dijana oleh kilang itu, kepada AELB.

Maklumat itu perlu dikemukakan dalam tempoh 10 bulan mulai tarikh TOL dikeluarkan.

"Syarat ini mesti dipenuhi tanpa mengira sebarang cadangan alternatif yang dibuat oleh Lynas bagi mengurus atau melupuskan sisa kilang (sebagai contoh, kitar semula, mengubah kepada produk lain yang boleh dijual dan sebagainya),” kata kerajaan menerusi kenyataan bersama empat menteri yang portfolio masing-masing terlibat secara langsung dengan permohonan Lynas untuk mendirikan dan mengurus kilang itu.

Mereka terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad; Menteri Sains dan Teknologi Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Douglas Uggah Embas; dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment