My Add

Monday 27 February 2012

Exco selar MTRK anjur demonstrasi

KOTA BHARU, AHAD, 26 Februari, 2012: "Kenapa perlu buat demonstrasi? Apakah mereka yang datang demonstrasi itu ada yang tidak dapat mandi atau minum?"

Demikian kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Infrastruktur, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman ketika diminta mengulas tindakan lebih 3,000 orang berhimpun secara aman di Lembah Sireh di sini semalam.

Md. Anizam menyelar demonstrasi itu yang disifatkannya sebagai tindakan golongan tidak faham tentang kaedah pengurusan air dalam negara sekarang.

Beliau berkata, jika benar mereka prihatin, mengapa demonstrasi sama tidak dilakukan 13 tahun lalu ketika kerajaan negeri ini tidak diberi pinjaman Persekutuan untuk mengurus bekalan air.

"Mereka tidak faham sistem pengurusan air dalam negara sudah berubah, Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) adalah operator air yang mendapat lesennya daripada SPAN dan menjalankan segala kerja mengikut panduan yang ditetap pihak mereka.

"Kerajaan negeri tidak pernah berdiam diri dan Ahli Lembaga Pengarah AKSB yang dipengerusikan Menteri Besar sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa mengadakan mesyuarat bagi menyelesaikan masalah" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari inI. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment