My Add

Monday 27 February 2012

Tidak perlu pengiktirafan Zaid

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Februari, 2012: Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang mendakwa baru dilantik, Zamil Ibrahim tidak memerlukan pengiktirafan daripada bekas penyandang jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim berhubung dengan pelantikannya semalam.

Katanya, terpulang kepada Zaid jika beliau masih merasakan beliau Presiden KITA tetapi hakikatnya ahli parti berkenaan tidak lagi mengiktiraf bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan ia dinyatakan secara jelas melalui mesyuarat tergempar di Kota Bharu semalam.

"Saya juga beranggapan kami tidak perlu menjelaskan perkara ini secara rasmi kepada Zaid kerana liputan dan laporan oleh media tempatan sudah cukup membolehkan beliau memahami keadaan sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment