My Add

Monday 27 February 2012

FAMA sasar 20 usahawan tani jutawan

JOHOR BAHRU, AHAD, 26 Februari, 2012: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan 20 usahawan tani berpendapatan tinggi daripada 235 usahawan pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasinya, Sharifah Hashim berkata, sasaran itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu 10 usahawan berpendapatan kurang RM1 juta setiap tahun dan 10 usahawan lagi yang berpendapatan kurang daripada RM3 juta bagi tempoh yang sama.

"Untuk makluman mengenai sebab kita buat sasaran tersebut adalah kerana sebahagian besar nilai jualan para usahawan kita di bawah RM250,000 setahun, jadi kita pakejkan program khas ini dengan tujuan menggalakkan mereka agar lebih berdaya saing mempromosi produk masing-masing sekali gus meningkatkan pendapatan.

"Untuk memastikan usahawan terbabit memenuhi sasaran tersebut, kami memberikan sumbangan dari segi promosi dan pemasaran menerusi karnival halal dalam dan luar negara selain mengetengahkan produk mereka untuk dipasarkan di pasar-pasar besar seperti Giant, Tesco dan Mydin," katanya selepas perasmian Karnival Halal 1Malaysia Best Johor yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abd. Aziz Kaprawi di Plaza Angsana, di sini semalam.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam menempatkan 35 gerai mendapat sambutan yang menggalakkan dari usahawan tani seluruh negara.

Menurut Sharifah, sehingga kini, 1,701 produk halal didaftarkan di bawah jenama 1Malaysia Best yang menetapkan sijil halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kesihatan sebagai syarat penggunaan jenama itu.

Katanya, roadshow karnival halal seperti itu adalah yang pertama diadakan dan akan diperluaskan ke lima zon termasuk Sabah dan Sarawak, seterusnya dijangka dikembangkan ke China pada April depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment