My Add

Thursday 23 February 2012

Industri akan bertemu BNM bincang garis panduan pinjaman

KUALA LUMPUR, RABU 22 Februari, Peserta industri automotif akan bertemu dengan Bank Negara Malaysia pada Jumaat ini untuk membincangkan garis panduan baharu bagi peminjam pinjaman, susulan penurunan 25 peratus jualan kenderaan motor baharu bulan lepas, kata Proton.

Garis panduan itu berkuat kuasa sejak 1 Januari.

Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda) menggesa garis panduan pembiayaan baharu itu dikaji semula kerana ia menjejaskan jualan dengan hanya 30 peratus daripada pemohon memperoleh pinjaman kereta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Persatuan Automotif Malaysia melaporkan penurunan 25 peratus dalam jualan kenderaan motor baharu di sebabkan proses kelulusan pinjaman sewa beli yang ketat, tempoh bekerja yang singkat dan impak daripada bencana banjir di Thailand. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment