My Add

Thursday 23 February 2012

Restoran Sekinchan anjur kempen “Kenduri Jom Daftar Undi”

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Restoran Sekinchan Ikan Bakar Sdn. Bhd. (Restoran Sekinchan) akan menganjurkan kempen pendaftaran pemilih ”Kenduri Jom Daftar Undi” di Laman Pengantin di Setiawangsa di sini pada Ahad ini.

Pengasas dan pemilik Restoran Sekinchan, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, kempen itu, yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), akan berlangsung dari 11 pagi hingga 6 petang.

"Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat Restoran Sekinchan dalam membantu SPR menambah jumlah pengundi ekoran jumlah rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi masih tinggi”, katanya pada sidang media mengenai kempen itu di sini, hari ini.

Sambil mempelawa orang ramai mengambil peluang untuk mengundi, Jamal berkata, restoran itu juga akan membuat promosi menerusi Facebook, Twitter selain mengedar risalah di sekitar Lembah Kelang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment