My Add

Thursday 2 February 2012

KATAKANLAH...'road show' Hasan Ali memukau ramai


KHAMIS, 02, Februari, 2012
KATAKANLAH...tajuk sebauh lagu nyanyian Hazama.

Apa jua pemimpin dan penyokong Pas nak kata, katakanlah...

Yang nyata siri 'road show' Datuk Dr Hasan Ali - Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mendapat sambutan luar biasa.

Sejak dtalak Pas 8 Januari lalu, Hasan tidak keseorangan, malah semakin dijulang ramai, terutama masyarakat Melayu.

Lonjakan namanya laju, deras dan pantas, meniti kembali dari bibir ke bibir umum. 

Bak kata Allahyarham P. Ramlee...dia umpama antara jagoh terbilang politik tanah air.

Jelas aura bekas Naib Presiden Pas itu tidak luntur dan terhakis, sekalipun dia 'dilanyak' dan menerima berbagai kecaman sehingga pernah dituduh jadi 'budak suruhan UMNO'.

Siri jelajahnya terbukti mewujudkan momentem baru yang mampu menggugat Pakatan Rakyat, terutama sekali Pas.

Kata kawan lama, apa pun orang Pas nak kata, katalah; nak beri alasan, berilah; nak sorok kesilapan, soroklah dan nak tutup ketelanjuran, ayuh sila. katakanlah....

Hakikatnya, ahli Jawatankusa Pas Pusat sudah salah 'timing' menceraikan bekas Persuruhjaya Pas Selangor itu, tatkala hampir menjelang PRU ke-13.

Kata kawan lain pula, itulah cacatnya percaturan politik Pas, terburu-buru, tanpa berfikir panjang, bertindak gopoh dek desakan sekutunya hingga sanggup menghumban keluar rakan seperjuangan yang sama-sama berabdi kepada Pas lebih 13 tahun lalu.

Cuba jengok sejenak di luar...lihat sekeliling, buka mata luas-luas nescaya terjelma ceramah Hasan yang memikat dan menikam kalbu ramai.

Saya tonton berita TV kelmarin ramai hadirin pada satu majlis sedu-sedan mengesat mata ketika Hasaan membaca doa di akhir ceramahnya.

Seorang kawan lain sanggup mengorbankan masa mengikuti dari awal siri jelajah bekas orang kuat Pas itu mengakui sambutnya luar dugaan.

Menurutnya, momentum baru yang wujud boleh merobek khayalan dan egauan Pakatan Rakyat yang kian gelabah.

Pembangkang katanya, mula tak nyenyak tidur sekarang digeledah oleh Hasan,

lebih-lebih lagi Pas yang bukan sahaja sakit perut, malah mula dikesan jangkitan kenser usus. ujarnya.

Dengan platform sendiri yang disertai kawan-kawan lama dalam Pas, termasuk Hasan Basri dan mereka yang bersimpati, siri ceramah Hasan meningkat sambutan dan bertambah popular, ujarnya. 

"Bid'ah jika ada orang kata 'roads show' Hasan tidak memberi sebarang kesan.

"Dusta cakap itu, cakap ikut sedap mulut, sekadar nak sedapkan hati, syok sendiri...", tegasnya.

No comments:

Post a Comment