My Add

Thursday 2 February 2012

Ku Li nafi boikot mesyuarat UMNO Kelantan

KOTA BHARU, KHAMIS, 02 Februari, 2012: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menafikan beliau memboikot mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan kerana sering tidak menghadiri mesyuarat badan itu sejak beberapa lama.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, beliau bukan sengaja tidak mahu menghadiri mesyuarat itu kerana kadang-kadang surat jemputan mesyuarat itu lewat diterimanya.

"Saya tak hadir, bukan tak nak hadir, tapi (surat) jemputan kadang-kadang lewat sehari selepas mesyuarat atau sehari sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO itu bersama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri di sini, hari ini.

Ahli Perlimen Gua Musang itu ditanya mengenai kedudukannya yang sudah lama tidak kelihatan menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008.

Ditanya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula negeri Kelantan pada Pilihan Raya Umum Je-13 nanti, beliau berkata, peluang itu tetap ada jika BN mempunyai persediaan secukupnya.

"Bagi kita sentiasa yakin, tetapi soalnya terletak atas persediaan dan kesungguhan kita," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment