My Add

Wednesday 15 February 2012

Kedah 'winnable state' jika selesai masalah dalaman: TPM

POKOK SENA, SELASA, 14 Februari, 2012: Kedah adalah "winnable state" (negeri yang boleh dimenangi) Barisan Nasional (BN) jika pemimpin BN negeri, terutama UMNO mampu menyelesaikan masalah dalaman, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata ketika ini rakyat semakin menyedari kelemahan kerajan negeri yang ditadbir Pas, yang tidak berupaya meneruskan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Katanya ada perubahan pada sentimen dan sikap pengundi terhadap dasar-dasar kerajaan pusat di mana rakyat Kedah sedar BN mampu untuk membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan.

"Kami yakin boleh menang di Kedah tetapi bersyarat. Sebahagian besar pengundi kini beralih kepada BN tetapi kita tetap perlu kerja kuat. Kami tak boleh ambil mudah dan selesa. Kami (BN) mengambil pendirian tegas bahawa kami perlu bekerja dengan sangat keras," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Rakyat di Padang Awam Desa KEDA, Batu 13 di sini hari ini. 

Katanya rakyat kini memahami mengenai PAS dan kegagalan PAS yang begitu nyata dan ramai peniaga terutama orang Cina mengatakan kerajan negeri tidak pro-perniagaan. 

"Tak ada usaha bawa pelaburan dan tingkatkan kegiatan ekonomi. Nampak ada kekecewaan dan ada kesedaran baru pilihan raya umum akan datang mereka akan beri semula kepada BN. 

"Kami tidak ambil perkara ini sebagai mudah. Kami pembangkang kena berfikir secara pembangkang untuk tebus kekalahan di kerusi negeri dan parlimen. Saya dah beri nasihat tentang pentingnya mereka selesaikan masalah di bahagian-bahagian," katanya.

Beliau berkata selain itu, kerjasama Umno dan parti komponen BN lain paling utama dan walaupun kesedaran untuk kerjasama itu bertambah baik tetapi masih belum memadai. 

"Perlu ada komitmen dan usaha-usaha kerja lebih teratur antara BN dan Umno Kita juga perlukan dapatkan pengundi orang muda," katanya. 

Hadir sama pada majlis itu adalah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mukhriz Dr Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 

Muhyiddin dalam rangka lawatan sehari ke Kedah hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment