My Add

Wednesday 8 February 2012

Kem ibadah di Masjid Negara 9-11 Mac

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Februari, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan program Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 1/2012 sempena cuti sekolah pada 9 hingga 11 Mac akan datang di Masjid Negara.

Menurut kenyataan Jakim, program tersebut dirangka khusus bagi membantu kanak-kanak membina kecemerlangan diri menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia di samping meningkatkan motivasi peserta.

"Program ini terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan yang berumur antara 9 hingga 12 tahun. Yuran yang dikenakan sebanyak RM100 sahaja.

"Sijil, bahan kursus, makan dan minum serta penginapan akan disediakan," kata kenyataan itu.

Borang penyertaan boleh didapati secara terus di Pejabat Pentadbiran Masjid Negara atau menghubungi urus setia program Ustazah Zulina Sulaiman menerusi talian 03-2693 7784, Ustaz Subhi (013-236 8220) atau Ustaz Abdul Latif (017-341 8799) serta di laman webwww.masjidnegara.gov.my/portal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment