My Add

Wednesday 15 February 2012

Kenapa baru sekarang Nik Aziz bersuara - Perkasa

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Februari, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoal kenapa baru sekarang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman The Wall Street Journal.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sepatutnya sebagai parti Islam, Pas dan Nik Abdul Aziz harus menjadi orang pertama yang mengecam dan mendesak Anwar, bukannya hanya bersuara selepas senario politik tidak menguntungkan parti itu dalam isu Israel.

Sambil mempersoal keikhlasan Mursyidul Am Pas itu, Ibrahim percaya desakan tersebut hanyalah sandiwara politik Pas bagi memulihkan kembali imej parti itu yang tercalar teruk ekoran tindakan Anwar menyokong segala usaha yang menjamin keselamatan Israel.

"Kalau Pas serta Nik Abdul Aziz benar-benar ikhlas memperjuang Islam dan bukan demi kepentingan politik, mereka sepatutnya menjadi orang pertama mendesak Anwar tetapi apa kenyataan awal Nik Abdul Aziz? Dia kata semua ini fitnah jahat UMNO ke atas Anwar.

"Sebab itu Perkasa berpendapat ini kenyataan sandiwara politik demi membersihkan diri Pas kerana parti itu sedar, isu sokongan Anwar terhadap Israel ini tidak menguntungkan mereka. Hanya selepas sedar ia merugikan kepentingan politik, baru Pas bersuara.

"Pas sedar, apabila Anwar dikecam dalam dan luar negara oleh tokoh-tokoh Islam, Nik Abdul Aziz terpaksa mengambil sikap (itu) selepas Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) menegaskan sokong Israel adalah haram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, keyakinan Perkasa bahawa desakan itu hanya sandiwara politik juga dikukuhkan lagi dengan sikap memilih isu pemimpin Pas, kerana dalam isu pluralisme dan sokongan Anwar terhadap isu murtad Lina Joy, Nik Abdul Aziz membisu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment