JELEBU, RABU, 01 Febeuari, 2012: Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, menikam dirinya sendiri apabila lebih banyak pihak mula meragui pendirian sebenar ketua pembangkang itu.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kenyataan yang dikeluarkan Anwar ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini juga telah melukai hati seluruh rakyat dan pemimpin dunia Islam.
"Saya fikir, negara dan rakyat dunia Islam tidak sebodoh itu untuk menerima gesaan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang semata-mata untuk memberi penghargaan kepada negara Israel dan kenyataan seperti itu telah melukai rakyat dan pemimpin negara-negara Islam,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Jelebu di Kampung Lakai, di sini hari ini, Rais berkata banyak pihak terutama pemimpin negara Islam kini mula meragui kepimpinan Anwar.
Rais berkata sikap Anwar yang sering berubah pendirian itu tidak harus diterima sebagai kualiti atau sifat-sifat asas seorang pemimpin.
Rakyat dan pemimpin dunia Islam kini akan lebih mengenali siapa sebenarnya Anwar dan ketua pembangkang itu seharusnya perlu berhenti daripada terus mendustai rakyat, katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment