My Add

Monday 27 February 2012

Kes bakar al-Quran: OIC minta semua pihak bertenang

KUALA LUMPUR, ISNIN. 27 Februari, 2012: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta semua pihak bertenang dalam menghadapi isu pembakaran kita suci al-Quran di pangkalan tentera udara Amerika Syarikat di Bagram, utara Kabul baru-baru ini.

Para penunjuk perasaan telah keluar beramai-ramai membantah tindakan tersebut sehingga mencetuskan pergaduhan dengan pihak tentera dan menyebabkan berlaku pembunuhan dan kecederaan.

Setiausaha Agung OIC, Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu merayu kepada penduduk Afghanistan dan negara-negara lain agar bertenang dan mengelak keganasan, kata OIC dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 22 Februari lalu, Ihsanoglu telah meminta siasatan menyeluruh diadakan agar tindakan segera dapat diambil terhadap pihak yang terbabit dengan kejadian tersebut.

Malaysia turut mengecam tindakan tersebut dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan tidak bertanggungjawab dan peka itu telah menimbulkan kemarahan di Afghanistan dan negara lain termasuk Malaysia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment