My Add

Friday 24 February 2012

Kofi Annan dilantik sebagai perutusan selesaikan krisis Syria

NEW YORK, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam melantik bekas pemimpinnya, Kofi Annan sebagai perutusan khas dalam usaha membantu menyelesai kritis berlarutan yang berlaku di Syria.

Sebagai wakil kepada badan itu dan Liga Arab, peranan tokoh tersebut dilihat mampu mensasarkan usaha menghentikan kesemua keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia serta mempromosi penyelesaian keamanan kepada krisis di negara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Ketua Liga Arab, Nabil el-Arabi berkata, pihaknya sangat berterima kasih kepada Annan kerana menerima misi penting tersebut pada masa yang sangat kritikal bagi rakyat Syria.

Menurut kenyataan badan itu lagi, timbalan perutusan dari wilayah Arab akan dinamakan tidak lama lagi. - AFP

No comments:

Post a Comment