My Add

Friday 24 February 2012

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat BN Sarawak

BINTULU, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sarawak, hari ini mempengerusikan mesyuarat parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini.

Mesyuarat yang bermula 10.40 pagi itu turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan Ikom serta beberapa pemimpin kanan parti-parti komponen BN Sarawak.

Perbincangan tertutup itu dijangka berkisar kepada usaha yang sedang dibuat bagi memantapkan lagi persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang yang, di Sarawak, hanya melibatkan kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya umum 2008, BN hampir menyampu bersih kerusi Parlimen yang dipertandingkan, hanya kalah di kerusi Parlimen Bandar Kuching sebelum kerusi Parlimen Sibu bertukar tangan kepada parti pembangkang dalam satu pilihan raya kecil.

Bagaimanapun, kebangkitan parti pembangkang khususnya DAP pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas telah menghangatkan suasana politik negeri terutama dalam perebutan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang ke-13 nanti. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment