My Add

Thursday 23 February 2012

Majlis pelantikan Exco Kedah 28 Februari

ALOR SETAR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Majlis pelantikan ahli Exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan pada Selasa depan di Istana Anak Bukit di sini. 

Penolong Setiausaha (Pengurusan Korporat) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Noor Akmar Mohd Omar, berkata majlis itu akan bermula pada 9.30 pagi dan dijangka berlangsung selama dua jam.

Beliau berkata, majlis akan dimulakan dengan acara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah oleh ahli Exco diikuti dengan pengurniaan tauliah pelantikan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Noor Akmar berkata, istiadat penganugerahan bintang-bintang serta pingat-pingat kebesaran sempena dengan perayaan ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-84 akan diadakan selepas itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment