My Add

Thursday 23 February 2012

SPAD teraju penggubalan garis panduan piawaian kereta api

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadi peneraju dalam menggubal garis panduan piawaian kereta api di Malaysia meliputi banyak komponen dan dalam proses menyeragamkan piawaian keselamatan bagi industri itu di negara ini. 

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata komponen itu adalah gerabak dan kenderaan rel, isyarat, sistem kuasa daya tarikan dan komunikasi.

Beliau berkata, usaha menetapkan piawaian bagi industri yang penting ini merupakan sebahagian daripada penanda aras yang amat mustahak berikutan pendekatan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

"Negara kita memerlukan kepakaran ejen tempatan, pembekal, pengeluar dan operator rel yang berkelayakan dan berpengalaman yang kesemuanya merupakan komponen penting yang mengikat bersama-sama bagi menghasilkan sistem sokongan kereta api yang berjaya. 

"Saya percaya kita memiliki pakar landasan dengan kita hari ini bagi memastikan piawaian yang sesuai digunapakai bagi meningkatakan lagi keberkesanan rangkaian kereta api malaysia," katanya ketika merasmikan satu seminar mengenai piawaian kereta api antarabangsa di sini, hari ini. 

Hadir sama, Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan dan Pengarah Pusat Piawaian Kereta Api Antarabangsa Jepun, Hiroshi Tanaka. 

Beliau berkata, penyeragaman antarabangsa akan membolehkan kerjasama dan penglibatan yang lebih meluas antara pelbagai pihak di mana kontraktor, penyedia perkhidmatan, operator, kerajaan dan pengawal selia melihat kepada piawaian agar mereka dapat belajar daripada pengalaman dan pengetahuan antara sesama mereka.

Sementara itu, dalam ucapannya, Tanaka berkata, piawaian antarabangsa penting bukan sahaja untuk tujuan pembangunan tetapi juga bagi meningkatkan dan menambahbaik lagi perkhidmatan bagi para pelawat selain untuk bertukar-tukar pandangan untuk bekerjasama bagi kemajuan teknologi dalam industri itu. 

"Melalui piawaian antarabangsa, barangan dari seluruh dunia boleh digunakan bagi negara asal seseorang. Sebaliknya, barangan dari negara asal seseorang boleh dipasarkan di seluruh dunia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment