My Add

Monday 27 February 2012

Masalah pelantikan kontrak 202 jurulatih PLKN bakal selesai

PASIR MAS, AHAD, 26 Februari, 2012: Masalah pelantikan secara kontrak seramai 202 jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan diatasi dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abd. Hadi Awang Kecil berkata, pihaknya telah mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh kesemua jurulatih terbabit.

"Mereka terbabit akan dilantik di bawah Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang memperuntukan kuasa menteri berkaitan untuk melantik jurulatih.

"Usaha bagi mengatasi masalah terhadap 202 orang jurulatih terbabit telah dilaksanakan dua hari lepas," katanya kepada pada sidang akhbar di Kem PLKN, Cuncun Park, dekat sini hari ini.

Abd. Hadi memberitahu, JLKN sedang berusaha agar masalah teknikal pembayaran gaji jurulatih kontrak PLKN dapat diselesaikan selewat-lewatnya Mac ini.

"Tindakan segera dalam mengatasi masalah berbangkit ini merupakan satu usaha kerajaan untuk melihat jurulatih-jurulatih kita dapat meneruskan tugas. Perkhidmatan mereka selama ini amat berkesan dalam membantu pembangunan latihan ini (khidmat negara)," katanya.

Katanya, JLKN tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memastikan kebajikan serta keperluan jurulatih PLKN sentiasa terbela. - UTUSAN

1 comment:

  1. Yes segalanya telah selesai...epi semua jurulatih setelah segala tunggakkan dan gaji yang amat lumayan telah di selaraskan...

    ReplyDelete