My Add

Friday 3 February 2012

‘Mungkin Anwar cuba bawa campur tangan Yahudi’ - Muhyiddin


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diraikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga dari kiri); Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek (kiri); Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar (dua dari kiri) dan Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussin Awang (empat dari kiri) pada Program Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan 2012 di Komplek Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Peringat di Kota Bharu, hari ini. - Foto Zaman Huri Isa

KOTA BHARU, KHAMIS, 02 Frbruari, 2012: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, cubaan membawa campur tangan Yahudi dan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.

Beliau berkata, mungkin ada kebenarannya apabila Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menganggap kenyataan Anwar itu sebagai cubaan memancing kuasa Yahudi dalam pilihan raya umum ke-13.

"Itu kenyataan Mubarak, mungkin ada kebenarannya. Soalnya sehingga hari ini, Anwar tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar dan pihak Pas, parti dalam pakatan pun mempertikaikannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat dekat sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika diminta mengulas Ketua Penerangan Mubarak, Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang berkata, pemerhatian pihaknya mendapati wujud tanda jelas campur tangan kuasa asing dalam politik Malaysia dan kenyataan Anwar bukti terbaru usaha membabitkan kuasa luar, khususnya rejim Yahudi dan konconya Amerika Syarikat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment