My Add

Friday 3 February 2012

Sistem pendidikan: Ambil kira pandangan masyarakat

KOTA BHARU, KHAMIS, 02 Februari, 2012: Kajian bagi penambahbaikan sistem pendidikan negara akan turut mengambil kira pandangan masyarakat dan badan yang ada kepentingan dengan pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, maklumat balas seperti itu penting supaya Kementerian Pelajaran mengetahui langkah yang akan diambil menepati sasaran penambahbaikan itu atau terdapat perkara lain yang perlu diambil kira.

"Ini perkara biasa yang dilakukan kerajaan apabila kita hendak membuat kajian yang menyeluruh dan besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di Peringat dekat sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kajian itu dijangka siap dalam tahun ini.

Mengenai isu pelajar kurang berminat dalam bidang sains, beliau berkata kementerian akan meneliti perkara itu supaya beberapa langkah dapat diambil bagi meningkatkan minat mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment