My Add

Tuesday 7 February 2012

Penganut Hindu, teruskan semangat 'nambikei' pada kerajaan

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Februari, 2012:Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh penganut agama Hindu untuk terus meletakkan semangat kesetiaan atau 'nambikei' terhadap kerajaan.

Kata Perdana Menteri, menerusi semangat tersebut, kerajaan akan sentiasa dapat bekerjasama dengan komuniti beragama Hindu, seterusnya membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dan mencapai sasaran ke arah kehidupan yang lebih baik.

''Kerajaan kekal komited memenuhi segala janji terhadap komuniti beragama Hindu dan akan melakukan apa yang diperlukan untuk membantu mencapai impian masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena perayaan Hari Thaipusam yang disambut esok (hari ini) menerusi laman blognya di www.1Malaysia.com.my semalam.

Menurut Najib, Hari Thaipusam adalah salah satu kepelbagaian budaya dan agama yang disambut di Malaysia. Bagi masyarakat Hindu, ia diraikan dengan pengorbanan dan penghargaan di kuil-kuil di seluruh negara.

Kata beliau, penganut agama Hindu pada perayaan ini juga akan berdoa untuk mendapatkan kehidupan dan masa depan yang lebih baik serta jaminan kebahagiaan buat anak-anak mereka.

''Ia adalah naluri biasa setiap daripada kita untuk melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang yang kita kasihi.

''Dengan itu, saya mengambil kesempatan pada hari yang cukup bermakna ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di negara ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment