My Add

Sunday 19 February 2012

Nilai perjuangan, semangat cinta negara tak harus berubah

PASIR SALAK, sabtu, 18 Februari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata nilai perjuangan dan semangat cintakan bangsa dan negara di kalangan anggota UMNO terutama pemimpinnya tidak harus berubah walaupun negara kini jauh lebih maju berbanding sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, dua nilai itu tidak boleh ditinggalkan, diketepikan malah ditukar ganti dengan nilai lain.

"Nilai dalam perjuangan adalah nilai di mana kita meletakkan perjuangan parti di atas segalanya,” katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri bersama-sama Veteran UMNO Pasir Salak di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam mengharungi cabaran semasa dan akan datang, pemimpin UMNO tidak seharusnya lupa kepada nilai sejarah termasuk mereka yang berjasa kepada parti.

Pemimpin terdahulu mempunyai semangat perjuangan nasionalisme yang amat tinggi sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan bangsa dan negara tanpa mengharapkan sebarang ganjaran serta kedudukan, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment