PONTIAN, SABTU, 18 Februari, 2012: Keahlian Kelab Pelaburan Bijak di sekolah-sekolah yang menunjukkan prestasi rendah berterusan dan tidak aktif akan ditamatkan, kata presiden kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Beliau berkata, sekolah-sekolah berkenaan akan digantikan dengan sekolah lain yang dikenal pasti berkelayakan dan berminat menyertai kelab yang ditubuhkan PNB sejak 2000.
"Jumlah sekolah yang aktif meningkat daripada tujuh pada 2010 kepada 57 sekolah tahun lepas manakala sekolah yang kurang aktif turun kepada 47 berbanding 93 bagi tempoh yang sama," katanya.
Hamad Kama Piah berkata demikian semasa merasmikan majlis sambutan Hari Kelab Pelaburan Bijak PNB 2012 di SMK Dato' Penggawa Barat di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment