My Add

Wednesday 22 February 2012

Pas tegas tak iktiraf Israel: Nik Aziz

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan parti itu sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. 

Beliau berkata pendirian Pas itu adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel adalah satu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin.

Katanya adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram, ditambah lagi dengan tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

"Di sini saya mengulangi pendirian Pas sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama, iaitu Pas sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel dan tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. 

"Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima pendirian Pas ini," katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman web parti itu di www.pas.org.my di sini hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pertemuannya dengan Anwar semalam. 

Menteri Besar Kelantan itu berkata pada beliau adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment