My Add

Wednesday 22 February 2012

TPM adakan lawatan kerja dua hari ke Sarawak mulai Jumaat

KUCHING RABU, 22 Februari, 2012: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak pada Jumaat dan Sabtu ini dengan mengadakan beberapa pertemuan bersama pemimpin masyarakat serta rakyat di kawasan parlimen Bintulu, Selangau dan Baram.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan parti-parti komponen BN dan kemudian bersolat Jumaat bersama penduduk Kampung Jepak di Bintulu sebelum menyertai majlis kenduri rakyat di perkarangan Masjid Jepak.

Beliau, yang ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, akan bersama-sama dengan rakyat kawasan Parlimen Selangau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Ah, Selangau pada sebelah petang, menurut kenyataan Jabatan Penerangan Sarawak di sini, hari ini.

Kemudian, beliau akan menghadiri majlis makan malam pemimpin bersama rakyat di Dewan Suarah, Bintulu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment