My Add

Thursday 23 February 2012

Pemindahan hak milik PROTON siap Mac: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Pemindahan hak milik Proton Holdings Bhd daripada Khazanah Nasional Bhd kepada DRB-Hicom Bhd akan siap menjelang bulan depan, kata penasihat kepada syarikat pembuat kereta negara, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan tempoh masa yang telah diberikan, kepimpinan baharu itu akan dimuktamadkan.

"Buat masa ini, pengurusan baharu belum lagi diputuskan.
"Kami (Proton) masih lagi dalam proses pemindahan kepada syarikat baharu kerana terdapat beberapa kod pengambilalihan tertentu yang perlu dipatuhi.

"Saya rasa, menjelang Mac, kami sepatutnya telahpun siap dengan pemindahan pemilikan kepada pengurusan baharu," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran Persatuan Pemilik OSV Malaysia (OSV Malaysia) di sini hari ini.

Ditanya sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff akan kembali sebagai pengerusi baru syarikat, Dr Mahathir berkata setakat yang beliau tahu "tiada pengesahan mengenai perkara itu."

Pengerusi pada masa ini, Datuk Seri Nadzmi Salleh, terdahulu telah membayangkan kepada media tempatan akan kesanggupun beliau untuk turut membantu pemilik baru Proton.

Mengenai perkara ini, Mahathir berkata: "Sama ada beliau akan dikekalkan, bukan saya yang boleh buat keputusan. Pemilik barulah yang akan membuat sebarang keputusan mengenainya."

Khazanah telah menjual 42.7 peratus kepentingannya kepada DRB-Hicom.
Nadzmi adalah antara pembida untuk kepentingan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment