My Add

Thursday, 23 February 2012

PPKM nafi tiada badan khusus jaga kebajikan pesara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 3 Februari, 2012: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) menafikan kenyataan Kelab UMNO Pesara Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) yang mendakwa tiada badan khusus untuk menjaga kebajikan pesara di negara ini. 

Presiden PPKM, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh, berkata sejak persatuan itu ditubuhkan pada 1972, PPKM sentiasa membela nasib lebih 500,000 pesara kerajaan.

PPKM juga berhubung rapat dengan Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia serta beberapa kementerian lain dan berjaya mendapat banyak kemudahan untuk kebajikan pesara.

"Sebenarnya segala pencen dan imbuhan datangnya daripada Kerajaan Pusat dan persatuan ini memang berhubung rapat dengan Kerajaan Pusat semenjak dahulu lagi dan menikmati pelbagai kemudahan untuk pesara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau yang mengulas kenyataan akhbar Setiausaha Kehormat (KUPEKMAS), Datuk Abdul Rahman Manan baru-baru ini yang mendakwa jumlah pesara kerajaan kini mencecah 500,000 dan setakat ini tiada badan khusus yang menjaga kebajikan mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment