My Add

Thursday, 23 February 2012

Penasihat PKR tidak layak cabar PM

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat kerana beliau hanya memegang jawatan penasihat di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak memegang sebarang jawatan penting di dalam PKR kecuali sebagai penasihat umum parti.

Beliau berkata, tanpa kedudukan utama di dalam parti, Anwar sebenarnya tidak boleh dikira mendapat mandat daripada ahli, bahkan kuasa sebagai pemimpin tertingginya juga sesuatu yang tidak mengikut sistem parti.

“Dalam isu berdebat, siapa Anwar untuk ajak Presiden UMNO berdebat, sedangkan dia hanya seorang penasihat parti. Kalau dia Presiden PKR lain cerita.

“Macam Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memang layak berdebat dengan Lim Guan Eng sebab dia Setiausaha Agung DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti dilakukan Soi Lek dan Guan Eng, Sabtu lalu.

Fakhrul sebagai Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu juga percaya sekiranya Anwar diberi peluang berdebat dengan Perdana Menteri, beliau tidak akan berdebat secara beradab.

“Haluan perdebatan tidak akan menjadi lapangan yang positif untuk memberi maklumat kepada masyarakat. Sebaliknya ia akan menjadi medan tohmahan Anwar sepenuhnya.

“Semua orang sudah kenal perangai Anwar, dia mungkin hebat berdebat tapi apa guna berdebat dengan orang yang suka memutar belit,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment