My Add

Thursday 23 February 2012

Pas perlu tinggalkan PKR, DAP

KUALA LUMPUR, RABU, 22 Februari, 2012: Penyokong Pas perlu sedar tindakan parti itu bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak akan membawa sebarang manfaat dalam menegakkan kesucian agama Islam.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Mohd. Aidit Ghazali Hasan berkata, Pas tidak boleh lagi berkompromi dengan DAP kerana parti itu kerap mencabar kesucian Islam dan melanggar prinsip perjuangan Pas.

“Saya tidak perlu mengajar kepimpinan Pas agar mereka sedar apa yang perlu dilakukan apabila bekerjasama dengan PKR dan DAP yang jelas tidak menghormati kesucian agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketetapan tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berhubung pendiriannya iaitu menyokong Pas termasuk pada pilihan raya umum akan datang adalah berdosa.

Tambah Mohd. Aidit, penyokong Pas juga disaran agar taksub hanya kepada Allah serta Rasul dan bukannya kepada individu atau parti politik jika benar mereka berjuang demi agama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment