My Add

Friday 10 February 2012

Pendekatan baru hadapi ekonomi dunia tidak menentu

LANGKAWI, JUMAAT, 10 Februari, 2012: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangka pendekatan baharu dalam sektor perdagangan dan industri bagi mengelak Malaysia menerima kesan buruk akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, untuk tahun ini, Malaysia perlu mempunyai inisiatif baharu bagi memastikan ekonomi dapat berkembang dalam kadar lima hingga enam peratus.

Katanya, MITI telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negara, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Kita telah berbincang secara teliti. Kita harap kerajaan dapat pertimbangkan beberapa cadangan kita, termasuk mempermudah akses untuk mendapatkan pembiayaan bagi industri.

"Walaupun banyak tabung (pembiayaan perniagaan) tetapi ada kelompok tertentu PKS yang menghadapi masalah untuk mendapat pembiayaan. Kita akan cuba bantu, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Kita perlu pendekatan baharu untuk mengalakan pelaburan domestik," katanya.

Beliau berkata, kerajaan dan MITI turut memikirkan untuk mencari pasaran baharu bagi produk-produk negara berikutan masalah ekonomi di banyak negara pasaran ketika ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment