My Add

Monday 27 February 2012

Penganjur Hijau 2.0 di P. Pinang tak maklum kepada polis

GEORGETOWN, AHAD, 26 Februari, 2012: Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini hari kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment