My Add

Monday 27 February 2012

Tony Pua tidak beri gambaran penuh - NFCorp

KUALA LUMPUR, AHAD, 26 Februari, 2012: National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) hari ini membidas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kerana tidak memberi gambaran sepenuhnya berhubung syarat-syarat perjanjian pinjaman yang melibatkan syarikat itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, NFCorp berkata, perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 2007 itu turut menyediakan beberapa klausa penting tetapi tidak disebut oleh Tony.

"Perjanjian pinjaman itu perlu dibaca serentak dengan perjanjian pelaksanaan dan klausa syarikat tersebut seperti yang dinyatakan dalam memorandum dan dokumen berkaitan," katanya.

Semalam Tony mendakwa, NFCorp telah melanggar syarat- syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain dan ia terbukti apabila pengarah syarikat itu menggunakan wang daripada dana pinjaman tersebut untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur dan Singapura.

Kenyataan NFCorp itu turut memberikan contoh klausa yang tidak didedahkan Tony termasuk Perkara 12.1 yang menerangkan 'sekiranya kemudahan pinjaman itu digunakan untuk membayar penuh pembelian hartanah, peminjam dengan ini bersetuju bahawa akan diwujudkan caj yang perlu ke atas hartanah itu oleh pemberi pinjaman'.

Menurut kenyataan itu, di bawah Jadual Ketiga dalam memorandum dan NFCorp, perkara- perkara berkaitan, Perkara 19 (K) melayakkan NFCorp, melabur dan berurusan dengan wang syarikat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dari masa ke masa akan difikir patut.

"Oleh itu, keputusan pelaburan juga termasuk dalam kuasa syarikat itu seperti yang dinyatakan dalam memorandum dan perkara-perkara berkaitan yang memberikan NFCorp, untuk melabur dan berurusan dengan wang syarikat yang tidak dikehendaki dengan serta-merta dalam cara yang boleh dari semasa ke semasa sekiranya difikirkan wajar," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment