My Add

Monday 27 February 2012

Penghantaran pembantu rumah Indonesia dijangka lewat

JOHOR BAHRU, ISNIN, 27 Februari, 2012: Penghantaran pembantu rumah Indonesia dijangka lewat berikutan belum ada permohonan untuk mendapatkan khidmat berkenaan pada masa ini, kata Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed.

Beliau berkata, agensi pengambilan pembantu rumah masih belum menerima sebarang profil majikan yang memerlukan khidmat itu menyebabkan latihan selama 200 jam untuk pembantu rumah tidak dapat dimulakan.

"Kemungkinan akan berlaku sedikit kelewatan kerana tiada pembantu yang dilatih (pada masa ini) dan agensi memaklumkan tiada profil majikan yang diterima," katanya kepada pemberita selepas dialog Kementerian Sumber Manusia bersama majikan daripada pelbagai sektor swasta negeri Johor di sini, hari ini.

Menerusi peraturan baru, majikan perlu memberikan profil mereka untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah.

Penghantaran pembantu rumah dari republik itu yang sepatutnya dilakukan mulai 1 Mac ini dijangka dilakukan April nanti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment