My Add

Monday 27 February 2012

NUJ kutuk penyokong Lynas serang petugas media

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Februari,2012: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) mengutuk perbuatan kumpulan liar yang menyerang dua petugas media membuat liputan perhimpunan 'Himpunan Hijau 2.0' di Pulau Pinang, semalam. 

Presiden NUJ, Chin Sung Chew, berkata tidak ada sebab langsung kumpulan berkenaan perlu melakukan kekerasan fizikal ke atas wartawan Andrew Chew, 29, dan jurugambar Lee Hong Chun, 25, yang mewakili akhbar tempatan harian Cina, Kwong Wah Yit Poh.

"Kedua-duanya ditugaskan membuat liputan perhimpunan tersebut dan orang ramai termasuk kumpulan liar berkenaan boleh mengenali wakil akhbar yang bertugas pada masa itu," kata Chin dalam kenyataannya dikeluarkan di sini, hari ini.
Beliau mengulas perhimpunan Himpunan Hijau di Pulau Pinang semalam yang berakhir dengan kekecohan apabila 50 orang anggota daripada pertubuhan bukan kerajaan cuba menghalang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang hadir daripada meninggalkan tempat tersebut. 

Perhimpunan di Pulau Pinang itu berlangsung dari jam 6 petang dengan disertai hampir 1,000 orang sebagai sokongan kepada perhimpunan sama di Kuantan, Pahang, untuk membantah kilang memproses nazir tanah Lynas didirikan di Kuantan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment