KOTA KINABALU, RABU, 01 Februari, 2012: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak berkaitan bekerjasama memastikan kelancaran pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang layak di negeri ini.
Beliau berkata, langkah perlu diambil segera memastikan keselesaan orang ramai yang datang menerima bantuan tersebut.
"Kita lihat orang berpusu-pusu datang. Jadi, saya meminta semua pihak dari pihak pejabat daerah hingga ke wakil rakyat dan pihak bank yang terlibat bekerjasama supaya pengagihan berjalan lancar.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini hari ini, Musa mencadangkan bank yang terlibat menyediakan lebih banyak saluran kaunter supaya rakyat tidak perlu berebut dan menunggu lama mengambil wang masing-masing.
Beliau juga memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melawat Sabah dua hari mulai 16 Februari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment