My Add

Sunday 19 February 2012

Rakyat buat pilihan tepat, negara terus maju - PM

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Februari, 201: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru rakyat supaya membuat pilihan tepat pada pilihan raya umum akan datang kerana ini penting untuk memastikan negara terus maju.

"Buatlah pilihan yang tepat. Kalau anda berada di persimpangan jalan, ambillah arah yang betul. Kalau anda ambil arah yang betul, saya yakin kita akan dapat melakukan transformasi terhadap Malaysia.

"Kita akan berada di barisan hadapan negara; kita akan berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, yang boleh kita banggakan," katanya ketika merasmikan persidangan sehari "Cina Malaysia Di Persimpangan Politik, anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia dan badan pemikir MCA Insap di sini.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, pilihan raya umum akan datang bukan untuk kepentingan beliau tetapi untuk kepentingan masa depan Malaysia.

Oleh itu, kata Najib, beliau ingin mendapatkan mandat daripada rakyat setelah mendapatnya daripada BN dan UMNO yang beliau adalah pengerusinya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment