My Add

Monday 13 February 2012

Rakyat perlu bersyukur dengan bantuan kerajaan: Razali

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Februari, 2012: Pemberian wang RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya disyukuri semua rakyat dan tidak terpengaruh dengan tohmahan pembangkang. 

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata rakyat juga tidak sepatutnya dengan mudah termakan hasutan pembangkang kononnya pemberian bantuan tersebut adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata.

"Contoh sebuah keluarga, adalah tidak wajar dan kurang ajar bagi seorang anak itu mengatakan bahawa adalah tugas ibu dan bapa memberi kepadanya wang. Konsep ini sama juga dengan pengagihan BR1M daripada kerajaan.

"Kerajaan mampu lakukan ini kerana kerajaan BN mentadbir negara dengan baik, berkemampuan dan bijaksana. Sebab itu kerajaan boleh memberi bantuan kepada rakyat. Jika negeri yang dikuasai pembangkang pun mentadbir dengan baik, mereka pun boleh buat, tetapi malangnya mereka gagal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment