My Add

Monday 27 February 2012

Pengusaha restoran Indonesia miliki hak cipta "kopitiam"?

JAKARTA, ISNIN,  27 Februari, 2012: Percaya atau tidak, seorang pemilik restoran di sini mendakwa beliau memegang hak cipta perkataan "kopitiam" – perkataan Cina bermaksud kedai kopi – dan keputusan mahkamah Indonesia memihak kepadanya.

Akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post pada Isnin, menyiarkan laporan bahawa pada 2010, Abdul Alek Soelystio yang memiliki restoran "Kopitiam" di sini, memfailkan saman terhadap "Kok Tong Kopitiam" yang berpangkalan di Medan, kerana menggunakan perkataan "kopitiam".

Dalam samannya itu, Abdul Said berkata, beliau mendaftarkan perkataan kopitiam sebagai harta inteleknya pada 1996 dan keputusan Mahkamah Pemerintahan Medan memihak kepadanya.

Paimin Halim yang memiliki Kok Tong Kopitiam membuat rayuan di Mahkamah Agung tahun lepas, namun institusi itu mengekalkan keputusan mahkamah rendah terbabit.

Laporan itu juga menyebut pada 6 Februari, Abdul menyiarkan iklan menerusi sebuah akhbar nasional memberi amaran kepada pemilik restoran lain agar menggugurkan perkataan kopitiam daripada identiti mereka.

Peguam Abdul berkata, sesiapa sahaja yang menggunakan perkataan kopitiam boleh didakwa kerana cetak rompak. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment