My Add

Monday 13 February 2012

Skim bantuan: SHEB kutuk Nurul Izzah

KUALA LUMPUR, AHAD, 12 Februari, 2012: Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berniat menggagalkan skim bantuan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diduduki mereka.

Pengerusi SHEB, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, adalah tidak munasabah bagi mana-mana pihak sama ada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau penduduk PPRT untuk menolak skim yang amat berfaedah itu.

"Tindakan Nurul Izzah dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menolak skim tersebut dilihat sebagai suatu penghinaan kepada rakyat berpendapatan rendah seolah- olah mereka tidak layak untuk dibantu atau menerima bantuan.

"Bukan itu sahaja, Nurul Izzah juga dengan niat jahat dan buruk sangka telah mengatakan bahawa mereka yang mencarum dengan KWSP bakal mengalami kerugian akibat daripada skim bantuan tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang menghantar memorandum bantahan mereka kepada KWSP terhadap pelancaran skim bantuan itu pada 8 Februari lalu.

Tengku Azman menambah, sebagai wakil rakyat pembangkang yang mahu menubuhkan sebuah kerajaan berkebajikan, Nurul Izzah sepatutnya memikirkan suatu mekanisme untuk pembeli menyelesaikan tunggakan bulanan rumah yang dibeli.

"Tetapi sebaliknya berlaku, tindakannya yang menolak skim tersebut telah mengaibkan semua di KWSP serta pihak kerajaan kerana mengatakan bahawa mereka bersekongkol dalam menyalahi undang-undang.

"Mungkin Nurul Izzah terlupa bahawa di kawasan Parlimen yang diwakilinya terdapat ramai golongan yang kurang mampu untuk memiliki rumah sendiri," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment