My Add

Friday 24 February 2012

SPR bertindak tegas terhadap PPP jika cuai laksana tugas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang melakukan kecuaian dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. 

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata sehingga Januari tahun ini, SPR menamatkan pelantikan 332 orang PPP daripada pelbagai kategori kerana melakukan pelbagai kecuaian dan melanggar syarat pelantikan.

"Tindakan perlu diambil kerana objektif SPR adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai mendaftar sebagai pemilih dan SPR berharap PPP yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan jujur serta mematuhi syarat pelantikan yang ditetapkan oleh SPR," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasil daripada pemantauan SPR tehadap urusan pendaftaran pemilih yang dilaksanakan PPP dalam tempoh suku tahun pertama 2012 mendapati berlaku kecuaian dan ketidaktelitian dalam pengisian borang pendaftaran pemilih (Borang A). 

Beliau berkata, masih terdapat PPP yang dilantik mendaftarkan nama pemohon yang sudah mendaftar sebagai pemilih, mendaftarkan warganegara yang belum layak kerana berumur bawah 21 tahun, mendaftarkan nama pemohon bukan warganegara dan alamat pemohon yang tidak sama dengan alamat pada Agency Link-UP System (ALIS) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment