My Add

Friday 24 February 2012

Najib mulakan lawatan ke Melaka


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (dua dari kiri), di Dusun Datuk Murad sempena lawatannya ke Negeri Melaka, hari ini. - Foto Khairul Helmy

MELAKA, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Datuk Seri Najib Razak memulakan lawatan sehari ke Melaka hari ini dengan mengunjungi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka, di sini. 

Perdana Menteri yang tiba pada jam 9.45 pagi diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Najib mempunyai atur cara ketat termasuk menghadiri program penyerahan surat tawaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Berendam di Sungai Putat di sini pagi ini selain merasmikan Taman Seri Manggis di Machap Umboo dan Rumah Mesra Rakyat iaitu sebuah projek Syarikat Perumahan Negara Berhad di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal.

Perdana Menteri dijadual melakukan tinjauan mesra di Jalan Temenggong, Jalan Bunga Raya dan Jalan Kee Ann petang ini dan menghadiri jamuan malam bersama rakyat di Taman Malim Jaya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment