My Add

Sunday 26 February 2012

Surat Mahathir kepada Ehud Barak didedah minggu depan

SEKINCHAN, AHAD, 26 Februari, 2012: Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak awal minggu depan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau sudah
mengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut dan mendapati ia boleh disiarkan untuk umum.

"Wisma Putra memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu 
diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis 
surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu 
negara Palestin yang berdaulat," katanya di SJKC Yoke Kuan di sini. 

Beliau berkata, surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dulu hingga sekarang.

Katanya, isu surat itu dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini, tetapi yang sebenarnya mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap Israel. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment