My Add

Thursday 23 February 2012

Syarikat Maghribi berminat edar PROTON: Tun Mahathir

PUTRAJAYA, RABU, 22 Februari, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata sebuah syarikat dari Maghribi, YNNA Holdings, hari ini, menyuarakan minat untuk memasang dan mengedar kereta PROTON di negara itu.

Beliau berkata, YNNA Holdings antara syarikat terbesar di Maghribi yang mempunyai pelbagai jenis rangkaian perniagaan, termasuk dalam sektor perhotelan, pembinaan dan pasar raya.

"Mereka menyuarakan minat, mereka sudah berjumpa pengurusan PROTON dan mereka menyambut baik cadangan syarikat itu. Semestinya ia perlu disahkan oleh pemilik baru PROTON.

"Pada masa ini, pemilik baru belum mengambil alih PROTON, oleh itu belum ada keputusan besar boleh dibuat, namun saya yakin pemilik baru akan menyambut baik peluang untuk memasang kereta di Maghribi," katanya selepas menerima kunjungan Naib Presiden YNNA Holdings, Omar Chaabi di Yayasan Kepempinan Perdana di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment